Chargerito : Pengecas Peranti Terkecil

Chargerito : Pengecas Peranti Terkecil

Diterbitkan pada Sep 13, 2014 oleh .

Di Manchester United pernah ada pemain Mexico bernama Chicharito yang bermaksud si kacang kecil. Beliau kini sudah berpindah ke Real Madrid bagi memanaskan bangku simpanan. Sementara menunggu giliran bermain mungkin Chicharito boleh melayari laman web dan apabila peranti sudah hampir kehabisan bateri beliau boleh menggunakan Chargerito. Chargerito ialah pengecas peranti terkecil yang juga merangkap anak kunci. Saiznya yang kecil (5.3 cm x 3.3 cm) memudahkan untuk ia dibawa kemana-mana berbanding pengecas biasa. Terdapat dua versi iaitu versi USB dan Lightning. Sangat sesuai digunakan oleh mereka yang kerap keluar dari rumah tetapi tidak mempunyai sebuah power bank seperti kami. Chargerito dijual pada harga 19 Dollar sebuah. Harga yang mampu milik dan tiada alasan untuk kami tidak memilikinya.

Chargerito-Phone-Charger-image-1-672x372

Chargerito-Phone-Charger-image-2-630x420

 


TIPS & ULASAN