Topi Selfie Yang Direka Khas Untuk Tablet

Topi Selfie Yang Direka Khas Untuk Tablet

Diterbitkan pada Sep 13, 2014 oleh .

Alatan bagi memudahkan anda selfie untuk telefon pintar banyak dilambakkan di pasaran. Ada kayu narsis yang membolehkan anda mengambil selfie secara berkumpulan. Ada juga sistem kawalan kamera pintar menggunakan alat kawalan oleh Oppo. Awal minggu ini kami laporkan kewujudan Selfie Brush yang merupakan sikat yang boleh digunakan untuk selfie. Kami ingatkan Selfie Brush ialah nadir segala penciptaan yang berkaitan dengan selfie tetapi kami salah. Acer United Kingdom bekerjasama dengan pereka fesyen Christian Cowan-Sanluis untuk menghasilkan topi selfie. Christian Cowan-Sanluis  ialah pereka fesyen yang pernah bekerjasama dengan Lady Gaga dan anda boleh melihat pengaruh fesyen aneh Gaga pada topi yang dihasilkan. Topi Selfie ini dicipta khas untuk digunakan bersama tablet 8 inci Acer Iconia A-1 840. Pemegang tablet topi ini boleh diputarkan 360 darjah bagi memudahkan pemakai mengambil selfie dari sudut yang terbaik. Hanya sejumlah kecil topi selfie ini akan dijual sempena Minggu Fesyen London. Jadi sekiranya anda di London dan berminat memiliki alat selfie tablet pertama, sialalah ke pertunjukan fesyen Christian Cowan-Sanluis.

10473452_715459871855487_5264868562891871004_n

Screen-Shot-2014-09-12-at-9.57.54-AMSumber Acer UK


TIPS & ULASAN