Carian
Histropedia Membolehkan Anda Membuat Latar Masa Sejarah Menggunakan Data Wikipedia
September 14, 2014 Aman

Terdapat beberapa perkhidmatan yang mengambil data Wikipedia dan membawa ia setapak kehadapan dengan bentuk visual dan penggunaan yang mudah difahami. Salah satu perkhidmatan seumpamanya adalah Histropedia.

Histropedia

Histropedia dilihat sebagai gabungan perkataan kepada “History” (sejarah) dan juga Wikipedia. Ia memfokuskan kepada sejarah, dan memudahkan pengguna membuat latar masa sejarah tersendiri menggunakan data-data dari Wikipedia.

Menggunakannya, pengguna boleh melihat beberapa latar masa yang telah dibangunkan oleh komuniti, disamping pengguna sendiri boleh mula membangunkan latar masa mereka tersendiri dan berkongsi dengan pengguna yang lain. Latar masa yang disimpan, akan turut menarik data daripada Twitter, YouTube dan Amazon – dimana ia akan diperlihatkan dalam bentuk pop-up apabila relevan dengan konteks yang sedang dilihat oleh pengguna.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta. Namun, cara baru dan interaktif yang dihasilkan untuknya mungkin akan memudahkan lagi proses pemahaman dan pembacaan pengguna berbanding dengan penggunaan teks biasa daripada Wikipedia.

Komen