Apple Dikatakan Akan Hadir Dengan iMac Pada Resolusi 5K

Apple Dikatakan Akan Hadir Dengan iMac Pada Resolusi 5K

Diterbitkan pada Sep 14, 2014 oleh .

Dengan arena multimedia yang beralih kepada video dan gambar pada resolusi yang tinggi, semestinya para perekabentuk dan jurugambar inginkan sokongan perkomputeran yang sama. Kini, selepas Dell memperkenalkan monitor berasaskan 5K diperkenalkan, ia dilihat Apple turut sama bakal menyertai arena tersebut.

Mengikut desas-desus terkini, Apple dikatakan bakal hadir dengan iMac bersaiz 27-inci dengan resolusi paparan 5K bakal hadir pada penghujung tahun ini.

Buat masa ini, ia masih sekadar ura-ura sahaja tanpa sebarang pengesahan mahupun komen daripada pihak Apple secara rasminya.

Persaingan pada resolusi monitor bukan sesuatu yang baru, dan ia turut dikatakan berkemungkinan pihak Apple turut akan menyokong iMac Retina bersama-sama pengenalan OS X Yosemite kelak.

Mungkinkah kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada pengenalan OS X Yosemite kelak, ataupun ia hanya sekadar ura-ura sahaja?


TIPS & ULASAN