Gambar Oppo N3 Dengan Kamera Boleh-Putar Tertiris Ke Arena Web

Gambar Oppo N3 Dengan Kamera Boleh-Putar Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Sep 15, 2014 oleh .

Oppo dijangka akan memperkenalkan sebuah telefon pintar baru pada bulan Oktober ini, dan selari dengannya, kini sebuah gambar tertiris – diperkatakan sebagai Oppo N3.

Oppo N3

Oppo N3

Oppo N3 merupakan kemaskini kepada keluarga Oppo N1 sebelum ini – yang mana turut menyertakan sokongan kamera boleh-putar. Namun, Oppo N3 ini dilihat membawakan sedikit perbezaan dari segi rekaan, dimana bahagian badannya kini tampak nipis, sementara modul kamera pada bahagian atas kelihatan sedikit besar.

Spesifikasi penuh untuk peranti ini masih tidak diketahui lagi, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN