Pada minggu ini akan berlangsung acara GREAT 2014 yang dianjurkan di MaGIC Cyberjaya. Program yang akan berlangsung selama 4 hari ini dari 17 September – 20 September akan membawakan sehingga 95 kursus dan bengkel yang berkaitan dalam arena keushawanan dan dunia kreatif. Salah satu acara yang akan diadakan adalah Comic Accelerator Asia yang memfokuskan kepada pelukis komik tempatan.
Sekiranya anda seorang yang minat dan berbakat dalam industri komik, program Comic Accelerator Asia (ComicXcel Asia) ini menawarkan kursus selama 3 bulan dan akan berkongsi info yang penting terutamanya dalam pengkomersilan komik. Peserta akan didedahkan dengan perkara seperti penghasilan animasi, permainan digital, komik digital, penghasilam filem, perlesenan watak serta produk. Mereka juga telah bekerjasama dengan Degwet untuk menerbitkan komik atas talian.
Untuk 4 hari ini mereka mencari sehingga 20 peserta untuk menyertai program ini. Buat masa ini platform Degwet dilihat masih dalam peringkat pembangunan jadi sekiranya anda memerlukan lebih info buat program ini, anda boleh menghadiri ke pejabat MaGIC Cyberjaya dan mencari reruai myNEF (New Entrepreneurs Foundation).
- Daftar: Program ComicXcel