Microsoft Mengambil-Alih Pembangun “Minecraft” – Mojang Pada Harga $2.5 Bilion

Microsoft Mengambil-Alih Pembangun “Minecraft” – Mojang Pada Harga $2.5 Bilion

Diterbitkan pada Sep 15, 2014 oleh .

Seperti desas-desus sebelum ini, hari ini pihak Microsoft secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan Mojang pada harga mencecah $2.5 bilion. Mojang sebelum ini popular dengan permainan Minecraft mereka yang tersedia pada pelbagai jenis platform.

Microsoft mengatakan Minecraft merupakan salah satu permainan popular dalam arena permainan video – dimana ia telah dimuat-turun lebih 100 juta kali untuk PC sahaja, selain ia turut ditawarkan untuk iOS dan Android. Microsoft dan Mojang sebelum ini pernah bekerjasama untuk membawa permainan tersebut ke platform Xbox. Ia juga sedia ditawarkan dalam pelbagai jenis bahasa, termasuk bahasa Malaysia – untuk memudahkan pengguna tempatan memainkannya dalam bahasa ibunda.

Menurut Microsoft, permainan ini akan terus ditawarkan pada pelbagai platform, dan pengambil-alihan ini membawa fasa baru dalam dunia “Minecraft”. Pengasasnya dikatakan memilih untuk menjualnya kerana Minecraft telah berkembang kepada suatu permainan yang besar diperingkat global, dan tekanan daripadanya membuatkan pelbagai projek lain tergendala dan tidak dapat diteruskan.

Pengambil-alihan ini membuatkan pasukan Mojang akan menyertai Microsoft Studios, sementara pengasasnya tidak akan menyertai Microsoft. Microsoft turut menekankan yang mana Minecraft akan beroperasi seperti biasa, selain acara tahunan mereka – MINECON akan turut diadakan seperti biasa.


TIPS & ULASAN