Google Menyambut Hari Malaysia Dengan Memperlihatkan Doodle Daripada Pemenang Doodle 4 Google

Google Menyambut Hari Malaysia Dengan Memperlihatkan Doodle Daripada Pemenang Doodle 4 Google

Diterbitkan pada Sep 16, 2014 oleh .

Google Malaysia sebelum ini telah mengumumkan pemenang untuk Doodle 4 Google Malaysia, dan hari ini, bersempena dengan Hari Malaysia, pihak Google memperlihatkan ia kepada umum melalui halaman utama Google Malaysia.

Google Malaysia Hari Malaysia

Google sebelum ini telah mengadakan pertandingan dikalangan para pelajar tempatan, membolehkan mereka hadir dengan pelbagai lakaran doodle yang menarik untuk ditayangkan pada halaman utama Google. Pada tahun ini, Google menggunakan konsep “Malaysia to me is…” (“Malaysia bagi saya adalah…”).

Doodle yang menjadi pilihan untuk ditayangkan di Google Malaysia hari ini adalah daripada Lee Yee Run (16). Google memperlihatkan doodle ini bersempena dengan Hari Malaysia yang ke-51 – disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.


TIPS & ULASAN