Peranti Memfokuskan Selfie Daripada Samsung Tertiris – Dinamakan Galaxy Grand Prime

Peranti Memfokuskan Selfie Daripada Samsung Tertiris – Dinamakan Galaxy Grand Prime

Diterbitkan pada Sep 16, 2014 oleh .

Pelbagai pengeluar telah hadir dengan peranti khusus untuk sokongan selfie, termasuk Sony Xperia C3, Lumia 730, Desire 820 dan sebagainya. Pihak Samsung kini dilihat turut tidak ingin ketinggalan dan berkemungkinan bakal hadir dengan sebuah peranti khusus untuk selfie dinamakan Galaxy Grand Prime.

Galaxy Grand Prime

Peranti ini dilihat akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 400, memori 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan selfie, dimana untuknya pihak Samsung menyertakan kamera 5-megapixel untuk rakaman hadapan, selain kamera belakang 8-megapixel.

Dari segi rekaan peranti, ia dilihat membawakan rekaan lebih kurang menyerupai Galaxy Grand, dan mengekalkan rekaan elemen lama – dan bukannya menggunakan rekaan seumpama Galaxy Alpha.

Peranti ini dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan Oktober kelak.

Galaxy Grand Prime


TIPS & ULASAN