Uniqlo Melancarkan Kedai Dalam-Talian Untuk Pengguna Malaysia

Uniqlo Melancarkan Kedai Dalam-Talian Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Sep 16, 2014 oleh .

UniqloUniqlo merupakan salah satu syarikat dari Jepun yang menjual pakaian kasual yang popular. Sebelum ini, mereka telah membuka kedai fizikal di Malaysia, dan melangkah setapak kehadapan, Uniqlo turut sama melancarkan kedai dalam-talian secara rasmi untuk pengguna di Malaysia.

Melalui penawaran dalam-talian, kini pengguna tidak lagi perlu ke kedai mereka untuk mendapatkannya, tetapi boleh membuat tempahan terus daripada skrin monitor mereka dengan mudah.

Pengenalan perkhidmatan jual-beli dalam-talian bukanlah sesuatu perkara yang baru di Malaysia, dimana beberapa syarikat terkemuka sedia menawarkannya – termasuk pihak Tesco untuk barangan runcit. Dengan perkembangan arena internet, perkara ini sesuatu yang dijangka, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak jenama mula menawarkan perkhidmatan pembelian dalam-talian dari hari ke hari.

Layari : Uniqlo Malaysia


TIPS & ULASAN