Cari @ Amanz

Lenovo pada acara IFA 2014 yang diadakan pada awal bulan September ini telah memperkenalkan salah satu telefon pintar berkuasa tinggi daripada mereka, dinamakan sebagai Lenovo Vibe X2. Selain dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan rekaan kerangka berlapis – berbeza dengan beberapa peranti di pasaran hari ini.

Telefon pintar ini menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek. Berbeza dengan beberapa peranti lain yang menggunakan cip dari pengeluar sama, Lenovo menggunakan MediaTek MT6595 lapan-teras, yang mana turut menyertakan sokongan rangkaian 4G LTE bersama-sama dengannya. Memandangkan ia menggunakan cip pemprosesan MediaTek, maka mungkin kita akan dapat melihat harga jualannya sedikit murah berbanding dengan pelbagai peranti flagship di pasaran pada hari ini.

Lenovo Vibe X2

Lenovo Vibe X2
Pemproses MTK 6595m 2.0GHz
RAM 2 GB
Muatan Dalaman 32 GB
Kamera Utama 13 MP dengan flash
Kamera Depan 5 MP
Skrin 5″ (1920×1080)
Bateri 2300 mAh

Dari segi sistem operasi, ia menggunakan Android 4.4 KitKat, serta lebih kurang seperti beberapa peranti Lenovo yang lain, ia turut dilengkapi dengan antaramuka khusus daripada Lenovo, dinamakan Lenovo Vibe UI.

Untuk peranti ini, ia menggunakan Lenovo Vibe 2.0 UI – dimana dilihat menyertakan beberapa penambah-baikkan berbanding versi sedia ada. Seperti kebanyakkan pengeluar dari China, Lenovo turut tidak menyertakan sokongan app-tray, dan semua aplikasi yang dipasang dipaparkan pada skrin utama – bersama-sama dengan widget. Aplikasi khusus Lenovo DOit turut disertakan pada peranti ini.

Daripada penggunaan kami, kami tidak mengalami sebarang masalah lengah masa ketika menggunakannya – berbeza dengan percubaan kami pada beberapa peranti Lenovo yang lain.

Untuk fungsi khusus pula, pihak Lenovo turut memfokuskan kepada sokongan selfie melalui Vibe X2 ini, dimana kamera 5-megapixel hadapan turut dilengkapi dengan beberapa mod khusus seperti Beautification dan sebagainya. Pihak Lenovo turut melengkapkan ia dengan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang untuk rakaman gambar menggunakan peranti ini.

Secara keseluruhan, menjadi fokus utama pada peranti ini adalah penggunaan rekaan kerangka yang amat berbeza dengan beberapa pengeluar lain – dimana pihak Lenovo dilihat mengabungkan tiga lapisan dengan warna berbeza – sekaligus menjadikan ia lebih menarik berbanding beberapa peranti lain di pasaran.

Lenovo Vibe X2

Lenovo Vibe X2

Pihak Lenovo turut sama dilihat bekerjasama dengan beberapa pengeluar aksesori untuk melengkapkan peranti ini dengan sokongan tambahan – seperti dari segi kerangka luar tambahan, dan juga speaker.

Buat masa ini, tarikh pelancaran Vibe X2 di Malaysia masih tidak diketahui lagi, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa sebulan dua ini.

[amanz-gallery]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd