Sony Xperia Z3, Xperia Z3 Compact Dan Xperia E3 Ke Pasaran Malaysia Pada Oktober 2014

Sony Xperia Z3, Xperia Z3 Compact Dan Xperia E3 Ke Pasaran Malaysia Pada Oktober 2014

Diterbitkan pada Sep 16, 2014 oleh .

Sony pada IFA 2014 telah memperkenalkan beberapa peranti baru mereka, termasuk pengenalan keluarga Xperia Z3 – dimana membawakan sedikit kemaskini kecil berbanding dengan Xperia Z2 sebelum ini. Hari ini, ia dilihat dikongsikan yang mana Sony Malaysia akan menawarkan peranti tersebut sekitar bulan Oktober ini.

Sony Xperia Z3

Xperia Z3 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 801, dan kamera belakang 20.7-megapixel. Sony dilihat mengoptimasikan perisian pada Xperia Z3 ini dalam menawarkan masa bertahan bateri sehingga 2 hari, disamping turut membawakan sokongan PlayStation 4 Remoteplay melaluinya.

Xperia Z3 Compact

Baca : Pandang Pertama Xperia Z3

Xperia Z3 Compact pula merupakan variasi peranti bersaiz kompak dengan spesifikasi lebih kurang sama – dan juga fungsi-fungsi serupa daripada Sony.

Xperia E3

Selain daripada itu, Xperia E3 pula merupakan peranti pada kelas permulaan, dimana ia dijana menggunakan cip Snapdragon 400, dilengkapi skrin bersaiz 4.6-inci, dan tidak menyertakan sokongan kalis air dan debu seperti peranti Sony lain.

Sony turut mengumumkan yang mana mereka turut sama akan membawa masuk Xperia Z3 Tablet Compact dan juga Sony Smartband Talk ke pasaran Malaysia menjelang penghujung tahun ini. Tarikh jualan untuk jam tangan pintar berasaskan Android Wear – Smartwatch 3 tidak diumumkan, tetapi dikatakan ia akan menyusul selepas Smartband Talk.

Xperia Tablet Z3 Compact

Sony Smartband Talk


TIPS & ULASAN