Apple Dilihat Menyembunyikan Kamera Belakang iPhone 6 Yang Tertimbul Pada Gambar Pemasaran

Apple Dilihat Menyembunyikan Kamera Belakang iPhone 6 Yang Tertimbul Pada Gambar Pemasaran

Diterbitkan pada Sep 16, 2014 oleh .

Apple telah memperkenalkan dua telefon pintar iPhone 6 pada minggu lepas, dimana menjadi salah satu produk ternipis daripada mereka sehingga kini. Namun, kerana ingin menjadikan bahagian badannya nipis, salah satu kesan daripadanya adalah lensa kamera belakang sedikit terkeluar dan menjadikan bahagian kerangka belakang tidak mendatar seperti iPhone sebelumnya.

Penggunaan lensa kamera yang sedikit terbonjol keluar bukan sesuatu yang asing, dimana beberapa peranti lain sedia hadir seumpamanya. Tetapi untuk Apple, mereka seperti tidak begitu menyukainya dan menyembunyikan ia daripada beberapa gambar pemasaran di laman rasmi iPhone 6.

Melalui beberapa gambar-gambar yang dipaparkan untuk iPhone 6, mereka memperlihatkan bahagian belakang yang mendatar dan bukannya sedikit tertimbul pada bahagian kamera. Ia juga dilihat tidak begitu ditekankan dengan kaedah rakaman gambar yang kreatif – sekaligus tidak begitu menekankan bahagian tertimbul tersebut.

iPhone 6 Sembunyi Kamera

Perkara ini mungkin tidak begitu memberikan kesan kepada jualan mereka, apatah lagi kebanyakkan pengguna akan menggunakan kerangka luar tambahan untuk melindungi telefon mereka. Namun, ia boleh dikatakan Apple memberikan mesej yang sedikit salah untuk pengguna mereka, dan malu dengan rekaan lensa kamera tertimbul pada iPhone 6.

Kamera pada iPhone 6 dilihat membawakan beberapa penambah-baikkan berbanding versi iPhone terdahulu, termasuk sokongan rakaman video pada kadar 240fps.


TIPS & ULASAN