Discourse 1.0 Dilancarkan – Membawakan Fungsi Moden Untuk Pembangunan Forum Web

Discourse 1.0 Dilancarkan – Membawakan Fungsi Moden Untuk Pembangunan Forum Web

Diterbitkan pada Sep 16, 2014 oleh .

Discourse merupakan satu aplikasi web untuk forum yang diusahakan oleh pengasas bersama Stack Overflow iaitu Jeff Atwood. Fokus utama Discourse ialah untuk menjadikan forum lebih moden dengan pelbagai fungsi terbina seperti notifikasi dinamik, fungsi mention seumpama Twitter, sokongan paparan peranti mudah alih, kemaskini masa-nyata, serta pelbagai fungsi lain.

Discourse

Setelah hampir satu tahun setengah berlalu untuk pembangunannya, kini Discourse hadir dengan versi stabil 1.0, dan telah dilancarkan baru-baru ini. Menurut pengumuman rasmi daripada pihak Discourse, versi baru ini menandakan bahawa Discourse kini sudah mencapai fasa stabil dan boleh digunakan untuk tujuan produksi. Tutorial untuk memasang Discourse boleh didapati melalui laman rasmi mereka, dan antara keperluan untuk memasangnya ialah pelayan dengan RAM minimum 1GB. Jika anda ingin memasangnya pada VPS, tutorial rasmi untuk memasang Discourse mengatakan mereka tidak menyokong VPS dari jenis OpenVZ (KVM dan Xen adalah sangat digalakkan).

Antara komuniti yang popular menggunakan Discourse antaranya ialah laman Ubuntu Discourse, Boing Boing, How To Geek, dan juga Hummingbird. Jika anda seorang yang aktif berforum, apakah pendapat anda mengenai Discourse? Adakah ia mampu untuk menandingi aplikasi forum yang sudah lama di arena ini seperti IP.Board, vBulletin, phpBB, mahupun MyBB?

Muat-Turun: Discourse


TIPS & ULASAN