Perkhidmatan Uber telah diharamkan di Jerman buat sementara waktu beberapa minggu yang lepas. Pengharaman tersebut adalah kerana injuksi awal berikutan perbicaraan berkenaan isu keselamatan melibatkan perkhidmatan UberPop. Namun semalam Mahkamah Frankfurt, Jerman membatalkan injuksi tersebut, sekaligus membenarkan Uber beroperasi semula.
Bagi mereka yang tidak mengetahui akan UberPop, ia adalah perkhidmatan yang membenarkan orang awam mengambil penumpang. Di Malaysia ia dikenali sebagai Uber X dan telah dilancarkan bulan lepas serta turut menerima tentangan hebat dari pemandu teksi tempatan. Berbanding Uber Black, dimana Uber bekerjasama dengan syarikat limosin, UberPop dilihat membuka peluang kepada orang awam di Jerman untuk mengambil penumpang dan perkara yang menjadi isu adalah seperti lesen pemandu tersebut, serta insurans.
Persatuan The Taxi Deutschland akan mengemukakan rayuan untuk membantah keputusan ini.