Carian
Steam Mula Menggunakan Ringgit Malaysia Untuk Jualan Permainan Video
September 17, 2014 Aman

Valve pada awal tahun telah berkongsi perancangan untuk memperkenalkan sokongan untuk memaparkan harga permainan dalam Ringgit Malaysia untuk memudahkan pengguna tempatan mengetahui harga jualannya. Kini, selepas dinantikan, penggunaan nilai mata wang tempatan tersebut telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna Malaysia.

Steam Malaysia

Steam Malaysia

Steam Malaysia

Menariknya adalah dimana perubahaan penggunaan nilai mata wang ini sekaligus membuatkan beberapa permainan turut ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding jualan sebelum ini. Pengguna tempatan juga kini boleh membayar menggunakan MOL – yang mana menyokong pembayaran menggunakan bank-bank tempatan melaluinya.

Perubahan penggunaan mata wang ini mungkin juga tidak begitu digemari beberapa pengguna, tetapi seara keseluruhan, ia dapat menguntungkan pihak Steam dalam mendapatkan pengguna-pengguna baru dalam menggunakan perkhidmatan mereka dan pada masa yang sama membeli di platform Steam dengan lebih mudah.

Komen