U Mobile Menyasarkan 2 Juta Pelanggan Baru Menjelang 2015

U Mobile Menyasarkan 2 Juta Pelanggan Baru Menjelang 2015

Diterbitkan pada Sep 17, 2014 oleh .

Pada bulan ini U Mobile tampak agresif dan telah mengumumkan U Mobile Quickpay pada akhir bulan lalu serta baru sahaja mengumumkan perancangan mereka untuk menambah sehingga 2000 tapak pemancar 3G dan 4G LTE pada minggu lepas. Hari ini mereka telah menyatakan sasaran mereka untuk mendapatkan 2 juta pelanggan baru menjelang 2015.

Bagi mencapai sasaran tersebut, mereka akan mengadakan promosi bagi pelanggan baru yang akan menggunakan talian mereka. Mereka juga berjanji akan memberi panggilan percuma serta data internet percuma untuk sehari pada 1 Januari 2015 sekiranya sasaran 2 juta pengguna baru berjaya dicapai pada 31 Disember 2014.

Umobile-2M-IMG_7620

Salah satu tarikan adalah program MNP (Mobile Number Portability) mereka yang menawarkan internet percuma selama setahun pada kapasiti 250MB untuk setiap tambah nilai RM30 keatas bagi pelanggan prabayar. Turut disertakan adalah panggilan percuma dan faedah lain.

Program Friend Referral pula membolehkan pelanggan U Mobile menerima kredit RM3 untuk setiap pengaktifan rakan mereka yang baru melanggan, malah pelanggan tersebut akan menerima 10% dari nilai isian semula setiap kali rakan mereka mengisi semula nilai kredit mereka. Ganjaran ini akan berterusan selama 6 bulan.

Dengan program ganjaran sebegini dan juga faedah apabila bertukar, U Mobile dilihat yakin dalam mencapai sasaran mereka menjelang akhir tahun ini. Kesemua maklumat berkenaan promosi mereka boleh diakses di laman web U Mobile yang telah dikemaskini dengan tajuk Vision 2 Million.


TIPS & ULASAN