Oppo N3 Bakal Dilancarkan Pada 29 Oktober Ini

Oppo N3 Bakal Dilancarkan Pada 29 Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 17, 2014 oleh .

Oppo telah sedia memaklumkan sebelum ini yang mana mereka bakal memperkenalkan telefon pintar baru pada bulan Oktober ini. Kini, selepas beberapa gambar tertiris ke arena web, pihak Oppo dilihat mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan Oppo N3 pada 29 Oktober ini.

Melalui jemputan yang diterima kami, ia bakal dilancarkan di Singapura, dan berkemungkinan pihak Oppo bakal memfokuskan kepada pasaran di China dan Asia Tenggara terlebih dahulu sebelum memperluaskan ke seluruh dunia.

Oppo N3

Bersama-sama dengannya, sebuah gambar terbaru turut tertiris ke arena web, memperlihatkan rekaan yang diperkatakan sebagai Oppo N3 – tetapi sedikit berbeza dengan gambar Oppo N3 yang tertiris sebelum ini. Gambar baru ini memperlihatkan rekaan bahagian atas yang lebih nipis dan tidak besar seperti sebelumnya. Mengikut info yang kami terima, ia adalah rekaan prototaip – maka mungkin versi akhir kelak sedikit berbeza dengan versi yang tertiris ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan sehingga 29 Oktober ini untuk melihat apakah pembaharuan yang akan dibawakan oleh peranti dengan kamera boleh-putar ini.


TIPS & ULASAN