Cari @ Amanz

Caprice TechnologiesCaprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli merupakan salah seorang penyanyi tempatan, dan kini melalui jenama Caprice Technologies, beliau dilihat bakal memperkenalkan sebuah perkhidmatan memfokuskan pendidikan dinamakan sebagai Classruum.

Classruum ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober ini – salah satu tempoh yang dilihat bersesuaian untuk guru dan pelajar berinteraksi dan pelajari pelbagai perkara baru sebelum pelajar memasuki sesi persekolahan baru pada tahun 2015 kelak.

Melalui Classruum, ia membolehkan para guru untuk menawarkan kandungan mereka secara percuma atau berbayar kepada pengguna lain. Melaluinya, seseorang cikgu atau tutor boleh menawarkan kandungan berbentuk nota, soalan, pengajaran bervideo dan pelbagai perkara lain dalam bentuk digital dan menerbitkan ia di Classruum. Cikgu juga turut dijangka akan boleh menawarkan perkhidmatan perbincangan langsung melalui platform tersebut untuk sesi perbincangan berkumpulan atau soal-jawab antara pelajar.

Classruum

Classruum

Classruum

Classruum

Untuk pelajar pula, mereka boleh memilih cikgu dan topik yang mereka ingin ikuti – dan mendapatkan pelbagai kemaskini dari segi nota dan sebagainya daripada mereka. Pelajar juga boleh membuat soalan yang disediakan dan menilai prestasi mereka menggunakan perkhidmatan Classruum ini.

Classruum

Classruum

Dalam usaha menjadikan pembelajaran lebih menarik, Classruum juga dilihat akan membolehkan pelajar untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan lain untuk sesuatu perkara, disamping platform tersebut turut dilengkapi dengan sokongan “Club” (kelab) – membolehkan pengguna untuk menyertainya dan berkongsi idea dan pendapat mengenai perkara yang menarik minat mereka.

Tarikh pasti untuk pelancarannya masih tidak dikongsikan buat masa ini, dan Caprice Technologies dijangka turut akan hadir dengan aplikasi mudah-alih pada masa akan datang untuk perkhidmatan Classruum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd