SwiftKey Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS8 Selepas Bertahun Ditawarkan Di Android

SwiftKey Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS8 Selepas Bertahun Ditawarkan Di Android

Diterbitkan pada Sep 18, 2014 oleh .

SwiftKeySwiftKey merupakan salah satu papan kekunci maya yang popular di Android untuk bertahun-tahun lamanya. Kini, dengan pengenalan iOS8, pembangun SwiftKey turut memperkenalkan papan kekunci mereka untuk pengguna iOS.

Melalui pengenalan ini, ia membolehkan pengguna iOS8 mengubah papan kekunci mereka kepada papan kekunci SwiftKey – sekaligus membolehkan mereka menggunakan beberapa perkara termasuk menaip dengan gesture, ramalan teks yang mempelajari cara penaipan anda, serta kebolehan untuk menyimpan tetapan anda untuk digunakan pada peranti lain.

Untuk pengguna Android yang sedia menggunakan SwiftKey, menggunakan ia di iOS mungkin bukan sesuatu yang sukar. SwiftKey untuk iOS juga turut membolehkan pengguna menggunakan dua bahasa berbeza pada sesuatu masa.

Sehingga kini, pihak Apple tidak membuka akses untuk penerbit papan kekunci maya digunakan di peranti iOS, sehinggalah iOS8 yang terkini. Perkara ini sekaligus membuatkan ramai pengeluar dan penerbit papan kekunci maya tidak menawarkan aplikasi mereka di platform iOS, sebaliknya lebih memfokuskan platform Android.

Bagi pengguna peranti iOS yang telah mengemaskini kepada iOS8, anda boleh memuat-turun ia secara percuma dan menggunakannya pada peranti anda hari ini.

Muat-Turun SwiftKey untuk iOS


TIPS & ULASAN