Masalah Pelayaran Internet Disebabkan Kabel AAG Dijangka Selesai Sepenuhnya Pada 6 Oktober

Masalah Pelayaran Internet Disebabkan Kabel AAG Dijangka Selesai Sepenuhnya Pada 6 Oktober

Diterbitkan pada Sep 18, 2014 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman mengatakan sebahagian kabel AAG yang menghubungkan Asia Tenggara ke Amerika Syarikat dan Asia Utara menghadapi masalah, kini pihak Telekom Malaysia dilihat telah berkongsi beberapa maklumat lanjut mengenainya.

Menurut Telekom Malaysia, ahli konsortium telah mengambil langkah untuk memulakan proses pembaik-pulihan kabel pada 1 Oktober 2014 ini, dan ia dijangka selesai sepenuhnya pada 6 Oktober 2014. Memandangkan ia merupakan kerja pembaik-pulihan di dasar laut, maka mungkin ia turut akan bergantung kepada keadaan laut – sekaligus mungkin tarikh ini berubah.

Apa pun, pihak Telekom Malaysia mengatakan yang mana mereka telah mengambil beberapa langkah awal dalam mengubah-hala trafik kepada laluan alternatif. Namun, mungkin ia membuatkan pelayaran web pengguna menjadi sedikit perlahan berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, pelayaran web ke Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mengalami sedikit masalah – dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk diakses berbanding kebiasaan.


TIPS & ULASAN