BlackBerry Porsche Design P’9983 – Telefon Pintar Yang Mungkin Anda Tidak Akan Beli

BlackBerry Porsche Design P’9983 – Telefon Pintar Yang Mungkin Anda Tidak Akan Beli

Diterbitkan pada Sep 19, 2014 oleh .

BlackBerry hari ini secara rasmi telah memperkenalkan salah satu telefon pintar baru dibawah keluarga eksklusif mereka – “Porsche Design”, iaitu BlackBerry Porsche Design P’9983. Ia hadir dengan rekaan skrin sentuh dan dilengkapi dengan papan kekunci fizikal.

Porsche Design P’9983

BlackBerry Porsche Design P’9983 hadir dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 3.1-inci dengan resolusi 720×720 pixel, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan dilengkapi denga sokongan rangkaian 4G LTE.

BlackBerry Porsche Design P’9983 turut dilengkapi dengan BlackBerry 10.3, sekaligus menawarkan beberapa kemaskini baru bersama-sama dengannya.

BlackBerry turut menekankan yang mana mereka menggunakan sapphire-glass pada bahagian lensa kamera, disamping melengkapkan beberapa bahagian pada pranti dengan bahan stainless steel. Beberapa aksesori khusus turut dilengkapkan untuk peranti ini termasuk headset stereo, kit pengecasan antarabangsa, dan hadir dalam pilihan warna kuning, biru hijau, perang, kelabu, biru, jingga dan sebagainya.

BlackBerry mengatakan telefon pintar Porsche Design P’9983 ini akan ditawarkan di beberapa lokasi terpilih bermula bulan Oktober 2014 ini. Dan mengikut sejarah penawaran peranti rekaan Porsche Design, harganya mungkin agak tinggi berbanding penawaran peranti Blackberry biasa.


TIPS & ULASAN