Asus Kini Menawarkan Zenfone 6 Dengan Cip Intel Atom Z2560 (1.6Ghz) Pada Harga RM699

Asus Kini Menawarkan Zenfone 6 Dengan Cip Intel Atom Z2560 (1.6Ghz) Pada Harga RM699

Diterbitkan pada Sep 19, 2014 oleh .

Asus Malaysia telah menawarkan Zenfone 6 sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini mereka dilihat telah mengemaskini harga jualan peranti pada saiz phablet berkenaan, dimana kini ia ditawarkan pada harga RM699.

Asus Zenfone 6

Apa pun, untuk rujukan pengguna, Zenfone 6 yang ditawarkan pada harga RM699 merupakan versi berbeza dengan versi asal. Ia membawakan kod produk A601CG, dimana perbezaan ketara adalah dari segi cip pemprosesan. Berbanding dengan versi A600CG, Zenfone 6 (A601CG) ini hadir menggunakan Intel Atom Z2560 yang membawakan kelajuan pemprosesan pada kadar 1.6GHz (berbanding dengan Intel Atom Z2580 2.0Ghz pada versi asal).

Fungsi lain seperti kamera 13-megapixel dengan PixelMaster, sokongan dwi-SIM, memori sebanyak 2GB RAM, dan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 1280×720 pixel dikekalkan pada versi ini.

Asus Malaysia telah mula menawarkan phablet baru ini dan boleh didapati melalui pengedar rasmi mereka seluruh negara.


TIPS & ULASAN