Twitter Memperkenalkan Kemaskini Untuk iPhone – Menyertakan Paparan Profil Yang Baru

Twitter Memperkenalkan Kemaskini Untuk iPhone – Menyertakan Paparan Profil Yang Baru

Diterbitkan pada Sep 19, 2014 oleh .

Profil Twitter iPhoneTwitter hari ini mengumumkan kemaskini aplikasi untuk iPhone bersempena dengan iOS8, dimana bersama-sama dengnanya, mereka membawakan beberapa perubahan pada antaramuka – dan dilihat memfokuskan kepada perubahan halaman profil.

Melalui kemaskini halaman profil ini, kini ia memfokuskan kepada bio seseorang pengguna, disamping memudahkan pengguna untuk melihat Tweet dan gambar yang pernah dikongsikan oleh mereka.

Kemaskini baru ini boleh dinikmati pengguna yang menggunakan iOS7 dan terkini – disamping untuk pengguna iOS8, pihak Twitter turut mengatakan yang mana ia kini turut menyertakan sokongan untuk Retweet, mengikuti pengguna dan sebagainya terus daripada bahagian notifikasi.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar daripada Apple, anda mungkin boleh mengemaskini aplikasi Twitter anda hari ini, sekaligus menikmati paparan profil baru yang dibawakan bersama-sama dengannya, selain pengoptimasian khusus untuk iOS8.

Muat-Turun Twitter untuk iOS


TIPS & ULASAN