Perkhidmatan Twitpic Tidak Akan Ditamatkan – Dilaporkan Telah Diambil-Alih

Perkhidmatan Twitpic Tidak Akan Ditamatkan – Dilaporkan Telah Diambil-Alih

Diterbitkan pada Sep 19, 2014 oleh .

TwitpicTwitpic sebelum ini telah mengumumkan yang mana akan menamatkan dan menutup perkhidmata pada 25 September. Kini, dengan beberapa hari lagi berbaki, keputusan tersebut dilihat berubah apabila perkhidmatan tersebut dilaporkan telah diambil-alih oleh pembeli misteri.

Identiti pembeli dikatakan akan diumumkan tidak lama lagi. Pengumuman awal ini hadir membolehkan para pengguna perkhidmatan tersebut mengetahui yang mana perkhidmatan tersebut akan terus beroperasi dan tidak akan ditamatkan seperti dikatakan sebelum ini.

Twitpic sebelum ini telah dimulakan pada tahun 2008, yang mana menawarkan perkhidmatan perkongsian gambar. Ketika itu Twitter tiada perkhidmatan perkongsian gambar terbina – dan Twitpic adalah salah satu alternatif untuknya.


TIPS & ULASAN