Asus Transformer Book Flip Kini Di Malaysia – Komputer Riba Dengan Pelbagai Mod Penggunaan

Asus Transformer Book Flip Kini Di Malaysia – Komputer Riba Dengan Pelbagai Mod Penggunaan

Diterbitkan pada Sep 19, 2014 oleh .

Asus Malaysia hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi peranti baru untuk pengguna tempatan, iaitu Asus Transformer Book Flip, yang mana merupakan komputer riba berasaskan Windows 8.1 yang boleh digubakan dalam pelbagai mod penggunaan.

Asus Transformer Book Flip membolehkan pengguna menggunakan ia sebagai komputer riba biasa, disamping turut boleh digunakan sebagai peranti untuk menikmati media, atau turut digunakan sebagai tablet.

Ia hadir dalam dua pilihan saiz iaiti 13.3-inci dan juga 15.6-inci, dan hadir dengan cip pemprosesan dalam pilihan Intel Core i3, Intel Core i5, dan juga Intel Core i7. Versi Core i3 hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci, sementara Core i5 dan Core i7 pula hadir dalam pilihan saiz skrin 15.6-inci dan turut dilengkapi dengan kad grafik GeForece GT840-M 2GB DDR3.

Asus Transformer Book Flip

Asus turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan eksklusif daripada mereka seperti fungsi Asus WebStorage, serta menggunakan sokongan audio Asus SonicMaster.

Di Malaysia, versi Core i3 ditawarkan pada harga RM1699, Core i5 pada harga RM2599, dan Core i7 pada harga RM2899.


TIPS & ULASAN