Cari @ Amanz

HTC Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga HTC Butterfly, iaitu HTC Butterfly 2. Peranti ini akan ditawarkan dalam pilihan warna merah dan putih – dan dijual pada harga RM2299 di Malaysia.

HTC Butterfly 2 mengekalkan rekabentuk dan saiz skrin peranti seperti keluarga Butterfly sebelum ini. Ia turut menyertakan HTC Boomsound pada bahagian hadapan, dan turut dilengkapi dengan teknologi HTC Duo Camera dengan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang untuk rakaman gambar.

HTC Butterfly 2

HTC Butterfly 2

HTC Butterfly 2

HTC Butterfly 2

HTC Butterfly 2

Salah satu perkara yang turut menarik perhatian pada telefon pintar ini adalah sokongan kalis air padanya, dimana ia tidak menyertakan sebarang penutup seperti pada peranti Xperia dan lain-lain. Spesifikasi lain boleh dikatakan lebih kurang sama menyerupai HTC One M8, dan turut menyertakan sokongan perisian yang lebih kurang sama.

Pada bahagian speaker, HTC Butterfly 2 dilihat membawakan beberapa penambah-baikkan – namun tiada sebarang fon telinga JBL yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia – berbeza sedikit dengan penawaran di Jepun.

Jadi, pada harga RM2299, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd