Cari @ Amanz

Gelombang akta hasutan bergerak dengan lebih pantas dan agresif sejak beberapa minggu yang lalu. Terkini Syafiq Abdul Wahid (24) , admin laman Facebook parodi  Persatuan Kongsi Gelap Melayu pula ditahan jam 3 pagi tadi. Syafiq yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Laman parodi ini menjadi popular kerana memaparkan kisah jenaka fiksyen seorang ahli kongsi gelap Melayu. Dalam beberapa status yang kami baca, beliau mengaku memiliki seekor jin berusia 5000 tahun yang memberikan beliau kekuatan luar biasa. Dengan penahanan Syafiq adalah ini bermakna parodi dalam segala bentuk kini adalah dianggap jenayah? Jika ya ini bermakna ruangan Techtroll yang ada di Amanz juga boleh mengakibatkan penulis juga diheret ke muka pengadilan. Kami akan cuba mendapatkan maklum balas mengenai isu laman parodi ini dari pihak peguam dan SKMM.

Pada waktu yang sama kami sarankan pemilik akaun parodi media sosial Malaysia untuk berhenti menghasilkan bahan jenaka buat masa ini untuk mengelakkan diri dari ditahan di bawah akta hasutan juga. Sama-samalah kita berhati-hati dengan apa yang ditulis di laman sosial juga. Biar tiada jenaka seketika asalkan selamat dari dipenjara.

ww11w1w

Sumber Awani

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd