Carian
Apple Membolehkan iCloud Drive Digunakan Pada Windows Jauh Sebelum Pengguna Mac
September 19, 2014 Aman

iCloud Drive merupakan salah satu fungsi baru yang telah diumumkan oleh Apple baru-baru ini, dimana ia membawakan sokongan simpanan fail dan dokumen di awan – lebih kurang menyerupai Dropbox dan Google Drive, OneDrive dan lain-lain.

iCloud Drive

iCloud Drive

Fungsi ini telah diperkenalkan untuk pengguna iOS melalui iOS8 pada minggu ini, dan kini pengguna Windows juga turut boleh menggunakan sokongan iCloud Drive melalui iCloud untuk Windows yang dikemaskini hari ini.

Dengan memasangnya pada komputer Windows, ia akan membuat sebuah folder khas pada Windows File Explorer dibahagian Favorites, dan kemudian membolehkan pengguna menyimpan dan membuat salinan pendua ke ruangan storan awan menggunakannya.

Walaupun ia kini telah diperkenalkan untuk pengguna Windows, namun fungsi yang ditawarkan boleh dikatakan agak terhad dengan apa yang bakal ditawarkan melalui OS X kelak. Pengguna OS X dijangka akan dapat menikmati fungsi ini melalui kemaskini OS X Yosemite kelak.

Komen