Sony Dijangka Memasarkan SmartEyeGlass Kepada Umum Menjelang Penghujung Mac 2015 Kelak

Sony Dijangka Memasarkan SmartEyeGlass Kepada Umum Menjelang Penghujung Mac 2015 Kelak

Diterbitkan pada Sep 19, 2014 oleh .

Sony sebelum ini telah memperlihatkan prototaip kaca mata pintar mereka, dinamakan sebagai Sony SmartEyeGlass. Kini, lanjutan daripada memperlihatkan prototaip, mereka juga telah mula menawarkan SDK untuk pembangun – supaya boleh membangunkan aplikasi khusus untuknya.

Sony SmartEyeGlass

Sony SmartEyeGlass

Sony SmartEyeGlass

Sony SmartEyeGlass ini dilihat memfokuskan kepada sokongan augmented reality dalam memudahkan proses navigasi dan sebagainya, selain turut dilengkapi dengan kamera yang membolehkan pengecaman wajah dan merakam video menggunakannya. Pelbagai jenis sensor turut disertakan, dan turut dilengkapi dengan mikrofon khusus untuknya.

Sony dilihat mungkin memasarkan SmartEyeGlass ini menjelang penghujung bulan Mac 2015 kelak. Apa pun, salah satu perkara yang akan menjadi fokus adalah adakah pembangun akan hadir dengan aplikasi menarik untuknya ataupun sebaliknya.

Selain Sony, pihak Samsung turut dilihat bakal hadir dengan kaca mata pintar tersendiri dinamakan Gear Glass pada Mac 2015 kelak.


TIPS & ULASAN