Microsoft Menawarkan Ruangan Percuma Sehingga 30GB Untuk OneDrive Untuk Waktu Yang Terhad

Microsoft Menawarkan Ruangan Percuma Sehingga 30GB Untuk OneDrive Untuk Waktu Yang Terhad

Diterbitkan pada Sep 20, 2014 oleh .

Microsoft sedia menawarkan ruangan percuma sehingga 15Gb kepada pengguna perkhidmatan storan awan OneDrive mereka. Terkini, untuk waktu yang terhad, pihak Microsoft turut mengumumkan penawaran 15GB tambahan secara percuma apabila pengguna mengaktifkan memuat-naik gambar secara automatik dari peranti mudah-alih mereka.

OneDrive

Microsoft mengatakan promosi ini hanya sekitar dari sekarang sehingga penghujung September ini sahaja. Pengguna akan diberikan dengan ruangan percuma 15GB, dan seterusnya akan menerima bonus sebanyak 15GB apabila mengaktifkan sokongan salinan pendua gambar atau video secara automatik.

Pengenalan promosi ini juga dilihat selari dengan masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan pengguna iPhone yang mempunyai masalah tidak mencukupi ruangan storan terbina – membuatkan mereka terpaksa memadam pelbagai gambar dan video untuk menaik-taraf ke iOS8.

Muat-Turun OneDrive untuk Android

Muat-Turun OneDrive untuk iOS

Muat-Turun OneDrive untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN