Cari @ Amanz

Android sedia mempunyai fungsi penyulitan (encryption) data sejak beberapa tahun yang lepas, namun ia hadir hanya dalam pilihan pada tetapan – dan tidak digunakan oleh semua. Perkara ini dijangka akan berubah pada Android L kelak, dimana ia akan diaktifkan untuk semua.

Pengenalan sokongan ini sekaligus akan menjadikan sistem operasi mudah-alih popular ini lebih selamat berbanding sedia ada. Ini akan membuatkan seseorang dengan akses kepada peranti dan kata laluan sahaja yang boleh mengakses data seperti gambar, video, data komunikasi dan sebagainya.

Google dijangka akan memperkenalkan Android L secara rasminya pada bulan Oktober kelak, beberapa pengeluar peranti dijangka akan menawarkan ia kepada peranti keluaran mereka bermula sebulan dua selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd