Microsoft Office Baru Bakal Turut Menyertakan Pilihan Tema Berwarna Gelap

Microsoft Office Baru Bakal Turut Menyertakan Pilihan Tema Berwarna Gelap

Diterbitkan pada Sep 21, 2014 oleh .

Microsoft kini dalam persiapan untuk memperkenalkan Windows 9, dan pada masa yang sama, mereka juga dilihat telah memulakan proses pembangunan untuk perisian pejabat mereka versi terkini, dikenali dengan nama kod “Office 16”.

Memandangkan kini pihak Microsoft turut menyertakan sokongan perisian pejabat Office pada beberapa versi Windows, maka mungkin pengenalan kedua-duanya tidak begitu jauh berbeza.

Office 16 dijangka akan menyertakan beberapa perkara khusus bersama-sama dengannya, termasuk bantuan maya melalui “Tell Me” – salah satu fungsi yang terdapat pada Office Online.

Microsoft Office 16

Microsoft Office 16

Satu lagi fungsi baru yang turut akan disertakan adalah sokongan mengubah tema yang sedikit gelap pada Office, sekaligus membolehkan pengguna membuat tugasan ketika malam pada keadaan cahaya yang tidak begitu terang pada skrin komputer mereka. Ia dikatakan fungsi tema berwarna gelap ini sesuatu yang dipohon oleh pengguna – dan ia akhirnya akan direalisasikan pada Office 16 ini.

Ia hanya akan hadir sebagai sebuah pilihan, dan tema asal akan turut dikekalkan bersama-sama dengannya.

Dengan Microsoft yang dijangka akan memperkenalkan Windows 9 pada penghujung bulan ini, mungkin kita akan turut sama mendengar mengenai Office 16 ini pada waktu yang sama atau mungkin pada bulan Oktober ini.


TIPS & ULASAN