Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan iOS8, pihak Apple telah menyertakan sokongan untuk pengguna mengubah papan kekunci mereka dan menggunakan papan kekunci daripada pihak ketiga. Selari dengannya, ramai pembangun telah turut sama menerbitkan papan kekunci yang dioptimasikan untuk iOS8, dengan beberapa ciri-ciri khusus seperti kemudahan menaip, cadangan perkataan dan sebagainya.

SwiftKey

Salah satu papan kekunci yang diminati ramai komuniti Android, dimana ia menawarkan kebolehan untuk meramalkan perkataan, dan mempelajari mengikut gaya penaipan pengguna. Untuk permulaan, pengguna perlu melatihnya terlebih dahulu, dan ia akan menangkap dan mula meramalkan perkataan yang anda ingin taip selepas itu.

Swype

Swype merupakan salah satu papan kekunci yang dimiliki oleh Nuance, dimana ia memudahkan input perkataan, tanpa pengguna perlu alihkan jari mereka. Pengguna boleh meleretkan jari dari satu huruf ke huruf yang lain – dan ia akan merakamkan perkataan yang ingin ditulis oleh pengguna.

Apa pun, papan kekunci ini tidak ditawarkan secara percuma, sebaliknya pihak pembangunnya mengecaj sebanyak $0.99 untuk papan kekunci ini.

TouchPal

Satu lagi papan kekunci dengan fungsi swipe seperti Swype, dan memudahkan lagi input untuk simbol dan juga angka. Sekiranya anda sering menaip simbol dan angka pada papan kekunci anda, mungkin boleh melihat dan memberikan perhatian kepada papan kekunci ini.

Minuum

Salah satu papan kekunci minimalis, dimana ia mempelajari input anda, sekaligus menjadikan input lebih pantas berbanding kebiasaan. Menjadi fokus pada papan kekunci ini adalah dimana ia boleh diubah kepada saiz lebih kecil – sekaligus memberikan anda lebih banyak saiz paparan skrin ketika membuat input. Papan kekunci ini hadir pada harga $1.99.

Fleksy

Fleksy sedia diperkatakan ramai sebagai papan kekunci terpantas di dunia, dimana ia dijayakan dengan sokongan ramalan input dan gesture dalam membuatkan input dan penaipan para pengguna lebih pantas. Pengguna turut boleh memadamkan sesuatu perkataan dengan swipe ke kiri, selain boleh swipe ke atas dan ke bawah untuk melihat senarai ramalan perkataan yang ditawarkan aplikasi ini. Seperti Swype, aplikasi Fleksy turut ditawarkan pada harga $0.99.


Untuk mengaktifkan papan kekunci yang dipasang selepas memuat-turunnya, pengguna perlu ke halaman Settings, dan memilik Keyboards. Pada halaman tersebut, anda boleh memilih Add New Keyboard, dan memilih nama papan kekunci yang anda sedia pasang di peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd