Gambar Samsung Galaxy A5 Dengan Rekaan Berasaskan Bingkai Logam Tertiris

Gambar Samsung Galaxy A5 Dengan Rekaan Berasaskan Bingkai Logam Tertiris

Diterbitkan pada Sep 22, 2014 oleh .

Samsung sedia mula menggunakan bingkai berasaskan logam bermula daripada Galaxy Alpha, dan turut digunakan pada Galaxy Note 4. Kini, sebuah peranti baru tertiris dan dilihat membawakan rekaan yang lebih kurang sama dengan sedikit perbezaan berbanding beberapa peranti Samsung dipasaran.

Samsung Galaxy A5

Samsung Galaxy A5

Daripada gambar yang tertiris, Galaxy A5 ini dilihat menggunakan bahan binaan kerangka yang sedikit berbeza – dan dikatakan akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih sejuk berbanding penggunaan plastik pada Galaxy S5.

Dari segi spesifikasi< Galaxy A ini dikatakan akan dilengkapi skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, kamera belakang 13-megapixel, dan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 400. Secara kasarnya, ia boleh dikatakan sebagai spesifikasi pertengahan, dan mungkin akan ditawarkan pada harga yang sedikit rendah berbanding keluarga Samsung yang lain.

Samsung Galaxy A5

Samsung Galaxy A5

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan dilancarkan. Mungkinkah kita akan liha ia dipasarkan sebelum penghujung tahun ini?


TIPS & ULASAN