BlackBerry Malaysia Menjadualkan Acara Khas Pada Minggu Ini – Mungkinkah BB Passport?

BlackBerry Malaysia Menjadualkan Acara Khas Pada Minggu Ini – Mungkinkah BB Passport?

Diterbitkan pada Sep 22, 2014 oleh .

Pihak BlackBerry Malaysia telah mula menghantar jemputan kepada media-media tempatan untuk sebuah acara yang dijadualkan pada 25 September ini di Malaysia. Apakah yang akan diumumkan masih menjadi misteri – tetapi boleh dikatakan selari dengan tarikh pengenalan BlackBerry Passport di peringkat global.

BlackBerry Passport merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada pihak BlackBerry yang telah diperkatakan sejak beberapa bulan lepas – dan ia hadir dengan sokongan papan kekunci fizikal dan juga sokongan skrin sentuh. Telefon pintar ini juga dijangka akan dilengkapi dengan sistem operasi BlackBerry 10.3.

Pengenalan peranti BlackBerry secara pantas di Malaysia bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, BlackBerry Z30 juga telah dilancarakn di Malaysia, dan baru-baru ini ia turut dilihat peranti BlackBerry Passport telah menerima pengesahan daripada pihak Sirim.


TIPS & ULASAN