Cari @ Amanz

Huawei sedia memfokuskan kepada penjualan peranti Honor 6 melalui laman e-dagang mereka dinamakan VMall. Terkini, ia dilihat mereka telah mula menyenaraikan Huawei Honor 6, dan mengatakan ia bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Huawei Honor 6

Huawei Honor 6 ditekankan oleh pihak Huawei sebagai peranti lapan teras pertama yang turut dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE Cat6 padanya. Telefon pintar ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dan memori sebanyak 3GB RAM.

Harga jualan peranti ini masih belum diketahui lagi dan pihak Huawei dijangka berkongsi mengenainya pada penghujung minggu ini. Memandangkan mereka menjualnya terus melalui VMall, maka berkemungkinan harga jualannya kelak adalah lebih rendah berbanding kebiasaan.

Terima kasih Wahidi untuk tips

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd