JPJ Akan Mula Mengambil Tindakan Terhadap Uber Bermula 1 Oktober

JPJ Akan Mula Mengambil Tindakan Terhadap Uber Bermula 1 Oktober

Diterbitkan pada Sep 22, 2014 oleh .

JPJ hari ini dilihat mengatakan yang mana mereka akan mula mengambil tindakan terhadap perkhidmatan Uber di seluruh negara bermula 1 Oktober ini. Daripada apa yang dilaporkan The Star, kenderaan yang digunakan untuk Uber ini akan ditahan bermula tarikh tersebut.

Menurut kenyataan daripada pihak JPJ, Uber dilihat bersalah kerana menggunakan kenderaan peribadi untuk kegunaan sebagai kenderaan awam – yang mana adalah suatu kesalahan. Perkara ini adalah kerana ia akan membuatkan pengguna awam tidak terlindung dengan insuran sekiranya menghadapi kemalangan, dan turut disebabkan beberapa perkara yang lain.

Sebelum ini, pihak SPAD turut mengatakan perkara sama, tetapi tidak mengambil tindakan drastik seperti ini.

Apa pun, ia dikatakan teksi dan juga limosin yang menggunakan aplikasi Uber mungkin tidak terjejas dengan perkara ini – sekaligus dilihat ia mungkin lebih memfokuskan kepada penggunaan kenderaan dibawah perkhidmatan Uber X yang dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


TIPS & ULASAN