Skype 5.5 Untuk iPhone Kini Hadir Dengan Sokongan Notifikasi Interaktif

Skype 5.5 Untuk iPhone Kini Hadir Dengan Sokongan Notifikasi Interaktif

Diterbitkan pada Sep 23, 2014 oleh .

Apple melalui iOS8 telah membuka platform operasi mereka kepada beberapa sokongan baru, termasuk dari segi pemalam dan juga notifikasi. Mengambil kelebihan daripadanya, kini Skype untuk iPhone hadir dengan sokongan notifikasi interaktif terbina.

Skype iPhone

Menggunakan versi terkini Skype untuk iPhone, ia kini membolehkan pengguna menjawab panggilan dalam bentuk video atau suara terus daripada skrin kunci ataupun daripad notifikasi.

Untuk panggilan yang terlepas untuk dijawab, pengguna turut boleh memilih untuk membuat panggilan balik menggunakan Skype atau menghantar mesej menggunakan Skype – terus daripada notifikasi berkenaan.

Pengguna iPhone yang telah mengemaskini kepada iOS8 boleh memuat-turun dan mengambil kelebihan yang dibawakan oleh Skype ini pada peranti anda.

Muat-Turun Skype untuk iPhone


TIPS & ULASAN