Xiaomi Hadir Dengan Alat Kawalan Permainan Berasaskan Bluetooth

Xiaomi Hadir Dengan Alat Kawalan Permainan Berasaskan Bluetooth

Diterbitkan pada Sep 23, 2014 oleh .

Xiaomi sedia mempunyai pelbagai aksesori untuk peranti mudah-alih, dan terkini mereka dilihat menambah sebuah alat-kawalan permainan berasaskan Bluetooth – yang mana bertujuan untuk digunakan bersama-sama MiTV dan juga MiPad.

Xiaomi Bluetooth Controller

Xiaomi Bluetooth Controller

Xiaomi Bluetooth Controller

Dari segi rekaan, ia menyerupai alat kawalan beberapa konsol di pasaran hari ini, dan dikuasakan oleh bateri AA, selain beberapa butang khusus untuk peranti Android.

Senarai permainan penuh yang disokong dengan alat kawalan permainan ini masih samar-samar buat masa ini, dan harga jualan rasminya masih tidak diketahui.

Pihak Xiaomi akan mula memasarkan ia secara terhad di China bermula 25 September ini.


TIPS & ULASAN