LG Memperkenalkan Telefon Android Boleh-Lipat Untuk Pasaran Korea Selatan – LG Wine Smart

LG Memperkenalkan Telefon Android Boleh-Lipat Untuk Pasaran Korea Selatan – LG Wine Smart

Diterbitkan pada Sep 23, 2014 oleh .

Telefon boleh-lipat atau telefon flip mempunyai peminatnya tersendiri sebelum hadirnya pelbagai jenis telefon pintar. Kini, dengan arena telefon pintar, kebanyakkan peranti hanya hadir dengan rekaan yang lebih kurang sama – dan variasi semakin kurang dari hari ke hari.

Apa pun, masih terdapat beberapa model telefon flip berasaskan Android, dimana selain daripada pihak Samsung, terkini pihak LG turut memperkenalkan sebuah telefon pintar flip baru dinamakan LG Wine Smart.

LG Wine Smart

LG Wine Smart menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori 1GB RAM, skrin bersaiz 3.5-inci, dan ruangan storan 4GB. Ia membawakan spesifikasi pertengahan, dan turut dilengkapi dengan Android KitKat.

Dari segi sasaran, pihak LG memfokuskan kepada pengguna berusia, dimana ia hadir dengan antaramuka dengan paparan bersaiz besar. Memandangkan ia menggunakan Android, maka kebanyakkan aplikasi boleh digunakan padanya tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, ia dilihat pihak LG hanya ingin memasarkannya untuk pasaran di Korea Selatan sahaja, dan tidak akan membawanya ke pasaran luar selain daripadanya.

Bagi anda, sekiranya telefon flip ini dipasarkan di Malaysia, adakah anda akan mendapatkannya? Ataupun anda lebih mengemari rekaan peranti seperti pada hari ini?


TIPS & ULASAN