MediaTek Labs Diumumkan Dalam Usaha Menarik Lebih Ramai Pembangun

MediaTek Labs Diumumkan Dalam Usaha Menarik Lebih Ramai Pembangun

Diterbitkan pada Sep 23, 2014 oleh .

MediaTek sedia dikenali ramai disebabkan penggunaan cip pemprosesan daripada mereka pada peranti-peranti berharga rendah. Terkini, hari ini mereka memperkenalkan MediaTek Labs – yang mana merupakan salah satu usaha mereka dalam menarik lebih ramai pembangun hadir ke platform mereka.

MediaTek Lab

Melalui usaha ini, ia lebih memfokuskan kepada peranti boleh pakai, dimana mereka yang berminat boleh mendapatkan sebuah kit khas dinamakan LinkIt yang hadir dengan sebuah cip pemprosesan MediaTek untuk peranti boleh-pakai, sistem operasi ringkas untuk mengawal sensor, dan SDK untuk pembangun.

MediaTek ingin menjadikan MediaTek Labs sebagai salah satu hab yang membolehkan para pembangun berkolaborasi antara satu sama lain untuk projek dan pembangunan peranti – sekaligus menggunakan platform MediaTek pada produk mereka.

Pengenalan ini boleh dikatakan satu permulaan oleh pihak MediaTek sebelum mereka hadir menawarkan lebih banyak SDK untuk para pembangun. Mungkin kita akan dapat melihat peranti prototaip dengan platform ini dalam masa beberapa bulan lagi.

Layari : MediaTek Labs


TIPS & ULASAN