Telefon Pintar BenQ F5 Dan T3 Dilancarkan Di Malaysia

Telefon Pintar BenQ F5 Dan T3 Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 23, 2014 oleh .

Hari ini BenQ, syarikat yang lebih terkenal dengan paparan LCD dan pemacu cakera padat melancarkan dua peranti pintar Android mereka. BenQ F5 dan T3 ialah dua peranti kelas pertengahan yang akan memasuki pasaran Malaysia bermula 23 September ini. F5 ialah peranti dengan skrin 5″ IPS LCD beresolusi 720P, pemproses 1.2 GHZ empat teras Snapdragon 400, 2 GB RAM dan muatan dalaman 16 GB dengan sokongan kad MikroSD. Kamera utama ialah sebesar 13 Megapixel manakala kamera hadapan ialah sebesar 2 Megapixel.  Benq T3 pula ialah peranti 4.5″ IPS LCD qHD, pemproses 1.2 GHZ empat teras Snapdragon 400, 1 GB RAM dan muatan dalaman sebesar 4 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD. Kamera utama T3 ialah 8 Megapixel dengan kamera hadapan pula hanya 0.3 Megapixel. Kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi Android 4.4.2 dengan antaramuka khas Q Home UI. Beberapa elemen antaramuka yang kami sedari diambil terus dari Android asas dengan perubahan dilakukan pada rekabentuk ikon aplikasi. Seperti peranti dari tanah besar China, Q UI tidak disertakan dengan talam aplikasi. Kesemua aplikasi akan diletakkan terus pada paparan hadapan peranti. Harga jualan untuk BenQ F5 ialah RM799 manakala untuk BenQ T3 pula ialah RM 599. Terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Dari segi aksesori pula buat masa ini BenQ hanya menyediakan cangkerang kulit untuk kedua-dua peranti.

 BenQ-2

 


TIPS & ULASAN