Cari @ Amanz

Google sedia memaparkan notifikasi sekiranya sesuatu aplikasi menawarkan pembelian dalam-aplikasi. Namun, harganya tidak dipaparkan sehingga kini. Perkara ini dijangka akan berubah melalui kemaskini pada Play Store yang bakal hadir bermula 30 September ini.

Melalui kemaskini berkenaan, Google akan memaparkan harga untuk pembelian dalam-aplikasi, sekaligus memudahkan lagi pemilihan pengguna untuk memasang sesuatu aplikasi atau tidak.

Pembelian dalam-aplikasi merupakan salah satu perkara yang telah menjadi kebiasaan pada kebanyakkan aplikasi, dimana ia membolehkan pengguna mendapatkan kandungan tambahan pada suatu harga. Untuk permainan pula, pengguna boleh membuat dan menamatkan sesuatu tahap dengan pantas melalui pembelian dalam-aplikasi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd