Cari @ Amanz

Apple telah memperkenalkan iOS8 kepada para pengguna iPhone dan iPad pada minggu lepas. Namun, ia tidak disukai oleh beberapa pengguna, dimana terdapat sesetengah peranti yang tidak begitu mesra dan mengalami lengah masa ketika menggunakan iOS8.

Perkara ini mungkin membuatkan anda ingin mengubah semula sistem operasi peranti mudah-alih anda kepada versi sebelumnya, iaitu iOS7.1.2.

Terlebih dahulu, sebelum mengubah sistem operasi anda kepada versi lama, anda dikehendaki untuk membuat salinan pendua data-data peranti anda. Perkara ini boleh dibuat menggunakan iTunes pada komputer, ataupun turut sama menggunakan iCloud. Antara data-data yang mungkin anda ingin membuat salinan pendua adalah termasuk dari segi gambar, kalendar, dan juga senarai buku alamat pada peranti anda.

Sebaik sahaja selesai membuat salinan pendua, untuk persiapan memasang iOS7.1.2, anda dikehendaki memuat-turun fail pemasangannya terlebih dahulu. Buat masa ini, pihak Apple masih menawarkan ia didalam pelayan mereka untuk sementara waktu, dan saiznya sekitar 1GB untuk setiap versi.

Sebaik sahaja selesai memuat-turun, hubungkan peranti anda kepada komputer dan mulakan iTunes. Pada tetingkap iTunes, pilih nama peranti iDevice anda, dan klik ke halaman “Summary”.

iPad iTunes

Pada komputer Windows anda, tekan butang kekunci Shift, dan kemudian klik pada butang Update. Anda akan diperlihatkan dengan sebuah tetingkap untuk memilih fail firmware. Pilih fail yang dimuat-turun sebentar tadi, dan ia akan memulakan proses mengembalikan sistem operasi peranti anda kepada iOS7.1.2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd