Cari @ Amanz

 

BenQ T3
Pemproses 1.2 GHz Empat Teras Snapdragon 400
RAM 1 GB
Muatan Dalaman 4 GB sokongan kad MikroSD
Kamera Utama 8 MP dengan flash
Kamera Depan 0.3  MP
Skrin 4.5 ” IPS LCD qHD
Bateri 1900 mAh

BenQ T3 ialah sebuah lagi telefon pintar Android yang dilancarkan oleh BenQ hari ini. Ianya mempunyai skrn yang lebih kecil iaitu 4.5″ IPS LCD dengan resolusi qHD.  Ia diperkasakan pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 400, 1 GB RAM dan muatan dalam 4 GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 64GB. Kemampuan optik ialah 8 Megapixel untuk kamera utama dan kamera hadapan sebesar 0.3 Megapixel. Bateri yang digunakan pula sebesar 1900 mAh. Sungguhpun panel belakang peranti ini boleh dibuka bateri T3 tidak boleh dibuka.

Dari segi binaan keseluruhan peranti ini diperbuat daripada plastik dengan panel belakang yang dibina dengan bahan seakan bergetah. Ini pastinya memudahkan anda memegang peranti ini tanpa risau ianya terlepas dari genggaman. Dari segi rekaan ianya mengingatkan kami kepada Motorola Moto G. Spesifikasinya juga seakan sama cuma Moto G mempunyai skrin beresolusi lebih tinggi dan muatan dalaman yang lebih besar. Sungguhpun begitu kamera T3 lebih besar iaitu 8 Megapixel berbanding 5 Megapixel pada Moto G.

Butang kapasitif digunakan pada bahagian hadapan dengan butang home diapit butang back pada bahagian kiri dan butang multitasking pada bahagian kanan. Butang kawalan suara terletak pada bahagian kanan manakala butang kuasa pada bahagian kiri. Kedua-dua butang diperbuat dari bahan plastik dengan binaan yang tegap. Pada parameter kerangka peranti terdapat kemasan gelung logam. Jack fon kepala terletak pada bahagian atas manakala port MikroUSB pada bahagian bawah. Pada panel belakang pula terdapat pembesar suara mono yang agak besar. Ianya jauh lebih besar dari yang ada pada BenQ F5. Kualiti binaan adalah sederhana tetapi kemas.

Seperti BenQ F5, T3 juga menyokong rangkaian LTE dan menggunakan SIM bersaiz Mikro.

Q Home UI

Sistem operasi Android 4.4.2 digunakan pada peranti ini. Sebuah usaha yang bagus oleh BenQ kerana kami rasakan penggunaan Android Jelly Bean sudah tidak boleh diterima lagi di suku ke empat 2014. Antaramuka khas Q Home UI ialah antaramuka yang digunakan oleh Ben Q untuk peranti ini. Seperti antaramuka majoriti peranti dari tanah besar China, Q Home UI tidak dilengkapi talam aplikasi. Talam notifikasi, antaramuka aplikasi telefon dan galeri gambar nampaknya diambil terus dari Android stock. Jadi bolehlah dikatakan Q Home UI ialah Android Stock dengan perubahan kecil pada ikon dan talam aplikasi yang dibuang. Perubahan yang mendadak kami sedari berlaku pada aplikasi kamera. Kesemua fungsi tambahan dan fungsi tetapan kamera diletakkan pada bahagian kiri skrin. Butang rakaman video dan pengatup kamera terletak pada bahagian kanan skrin.

Tiada pilihan kustomasi dan tema disertakan pada peranti ini. Jadi sekiranya anda penggemar kustomasi dan tema anda perlu memuat turun aplikasi pihak ketika dari Play Store. Fungsi unik yang ada pada peranti ini teknologi Low Blue Light. Menurut Ben Q sistem ini mampu mengurangkan kesakitan pada mata apabila melihat skrin peranti untuk masa yang lama. Low Blue Light boleh merubah tahap keterangan skrin bergantung kepada aplikasi apa yang digunakan. Selain itu terdapat juga fungsi mengambil gambar dengan pengesanan senyuman.

Penutup

BenQ T3 ialah peranti kelas pertengahan yang mempunyai spesifikasi yang rendah sedikit berbanding F5. Sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah Motorola Moto G. Dengan harga saranan RM599 ia mempunyai harga yang setaraf dengan pesaing di dalam kelas yang sama. Nantikan ulasan penuh kami di masa hadapan.

[amanz-gallery]

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd