BlackBerry Bakal Hadir Dengan Rekaan Peranti Yang Boleh Menyembunyikan Papan Kekunci?

BlackBerry Bakal Hadir Dengan Rekaan Peranti Yang Boleh Menyembunyikan Papan Kekunci?

Diterbitkan pada Sep 23, 2014 oleh .

BlackBerry boleh dikatakan antara pengeluar yang mempunyai rekaan peranti yang unik serta berbeza dengan beberapa pengeluar lain. Terkini, mereka bakal melancarkan BlackBerry Passport, dan selain daripada itu, beberapa peranti lain turut dirancang untuk dikeluarkan oleh mereka.

BlackBerry Visa

BlackBerry Visa

Daripada perancangan yang dapat dilihat melalui pendaftaran paten, pihak BlackBerry dilihat telah mendaftarkan paten untuk sebuah peranti yang hadir dengan rekaan yang mana papan kekuncinya boleh disembunyikan bila pengguna tidak menggunakannya.

Perkara ini menjadikan pengguna boleh mengubah konfigurasi bentuk peranti, dan menggunakannya sama ada untuk memainkan permainan, ataupun menonton video dengan papan kekunci tersembunyi, sementara dalam mod biasa ketika ingin menaip.

Dari segi rekaan papan kekunci, ia dilihat membawakan rekaan tiga baris papan kekunci – sama seperti pada BlackBerry Passport.

Peranti ini dijangka mungkin hadir dibawah nama BlackBerry Visa atau BlackBerry Victoria – dan mungkin diperkenalkan seawal tahun 2015 kelak.


TIPS & ULASAN