Penggunaan Apple iOS8 Mencapai 46% Dalam Masa Hanya Lima Hari

Penggunaan Apple iOS8 Mencapai 46% Dalam Masa Hanya Lima Hari

Diterbitkan pada Sep 23, 2014 oleh .

Apple telah memperkenalkan iOS8 pada minggu lepas, dan kini selang lebih lima hari, pihak Apple telah mengemaskini halaman pembangunnya, memperlihatkan yang mana iOS8 kini digunakan oleh lebih 46% peranti seluruh dunia.

iOS 8

Perkara ini sekaligus memperlihatkan hampir separuh pengguna peranti iPhone dan iPad seluruh dunia kini menggunakan versi terkini sistem operasi berkenaan – sekaligus akan memudahkan para pembangun dalam mengoptimasikan aplikasi mereka dengan pelbagai ciri-ciri khusus yang dibawakan pada iOS8.

Pengenalan kemaskini oleh pihak Apple untuk peranti mereka sering dipuji ramai, dimana ia diperkenalkan serentak kepada semua pengguna seluruh dunia. Jikalau dibandingkan dengan platform lain, terutamanya Android, ia mengambil masa yang amat lama untuk para pengguna menerima kemaskini. Android 4.4 KitKat sendiri mengambil masa sehingga sembilan bulan untuk mencapai angka 40% – dan perkara ini meliputi Android 4.4.2 dan juga Android 4.4.4.

Baca : Pandang Pertama Apple iOS8


TIPS & ULASAN