Sony Xperia Z3 Akan Berharga RM2399 Di Malaysia

Sony Xperia Z3 Akan Berharga RM2399 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 23, 2014 oleh .

Sony Xperia Z3 telah diperkenalkan pada awal bulan ini di IFA 2014, dan kini pihak Sony Mobile Malaysia dalam perancangan untuk melancarkan ia di Malaysia secara rasminya. Beberapa penjual tempatan telah mula mengambil pra-tempahan, sekaligus memperlihatkan ia akan dijual pada harga RM2399 di Malaysia.

Sony Xperia Z3

Xperia Z3 merupakan kemaskini terbaru dibawah keluarga Sony Xperia Z. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 801, dan memori sebanyak 3GB RAM. Ia turut dilengkapi dengan kamera belakang 20.7-megapixel pada bahagian belakang, dan menjadi fokus utama pada peranti ini adalah masa bertahan bateri sehingga 2 hari menggunakannya.

Xperia Z3 juga turut dilengkapi beberapa ciri-ciri khusus, termasuk salah satunya adalah kebolehan memainkan permainan PlayStation 4 secara fungsi Remote Play. Peranti ini turut menggunakan nano-SIM, dan hadir dengan sokogan kalis air dan debu.

Dengan pra-tempahan yang telah mula diambil oleh pihak penjual, mungkin kita akan dapat melihat Xperia Z3 dijual dipasaran tempatan pada minggu hadapan atau awal Oktober ini. Selain Xperia Z3, pihak Sony Mobile Malaysia masih menyenaraikan Xperia Z2 pada harga RM2199 dan Xperia Z1 pada harga RM1659.

Baca : Pandang Pertama Xperia Z3

Baca : Perbandingan Antara Xperia Z2 dan Xperia Z3


TIPS & ULASAN