BlackBerry Bakal Menyiarkan Pelancaran BlackBerry Passport Secara Langsung Malam Ini

BlackBerry Bakal Menyiarkan Pelancaran BlackBerry Passport Secara Langsung Malam Ini

Diterbitkan pada Sep 24, 2014 oleh .

BlackBerry bakal melancarkan BlackBerry Passport secara rasminya pada hari ini di Kanada, dan seperti bebrapa pelancaran peranti mereka sebelum ini, BlackBerry akan turut menyiarkan ia secara langsung melalui web.

BlackBerry Passport

BlackBerry Passport merupakan peranti yang mengabungkan skrin sentuh dan juga papan kekunci QWERTY fizikal, serta hadir dengan rekaan yang agak berbeza dengan kebanyakkan peranti lain.

Selain pelancaran antarabangsa, pihak BlackBerry Malaysia turut menjadualkan acara khas pada hari Khamis ini – dimana mungkin kita akan dapat melihat peranti tersebut dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Tonton : Strim BlackBerry Passport Pukul 9 Malam Ini


TIPS & ULASAN